Sunday, 19 February 2017

Hantaran kahwin




Tajuk dia taknak kalah nak saspen je kan hahaha. No no no, ekceli bukan aku yang kahwin. Tapi my bro. Aku jadi wedding planner dia je bhaha. Dari dia tunang dulu sampai lah kahwin, aku jelah yang tolong buatkan hantaran dia. Tung ahh ada adik serbaboleh serbaguna macam aku ni kan semua benda settle. Dia balik setiap hujung minggu je, alih alih tengok semua dah siap. 

Bab bab hantaran ni aku bukan expert pun. Boleh dikatakan zero gak ahh. Main bedal je janji ada rupa sikit kah. Mission aku nak buat hantaran yang simple je, benda yang tak perlu or takda function tak payah letak. Takda nak fancy fancy nya pun. Aku letak bunga bunga sikit kat every dulang, settle ! Bunga tu nanti kakak ipar aku bolehlah ambik balik buat gubahan dalam pasu pulak. Raya nanti tak payah beli bunga dah hahahahaha. Nampak permainan dia ? Jimat chuolls jangan membazir ! Sesungguhnya membazir itu amalan syaitoooon~

Aku kalau boleh taknak ada benda yang dibuang pun. Sayang. Ingat benda benda tu semua dapat free ke hahahah. Jadi haruslah buat hantaran yang praktikal & boleh recycle. Lapik bawah yang macam pillow tu tak beli pun. Guna balik hantaran yang abang aku dapat masa tunang dulu. Ngam ada 7. So aku tukar cover dulu tu ganti baru. Balut dengan kain warna cream pastu letak net warna cream gold atas dia hahaha. Tadaaa !