Friday, 18 August 2017

Siamese fighting fish



Assalamualaikum :)


Phewww lama sangat dah ni tak update. Haha. Lepas edit balik layout, kemas apa yang bersepah-sepah ni finally, blog dibuka semula kepada umum wohoo! Lagi satu pencapaian untuk seketul Aisyah di tahun 2017 ni hahaha. *achievement unlocked*. 
Ok tak payah nak bebel banyak sangat, kita tepek jelah artwork paling latest. Siamese fighting fish / Betta atau nama lokal dia dipanggil ikan laga. Terasa produktif sikit cuti ni bila ada produce something bhahaha. Nampak tak tahap kemalasan dia tu macam mana. Dia nak start tu paling malas tau, lepastu bila dah start nk stop tu payah. Ahh pulak dah haha. 

Medium: Watercolour on paper




Ambik masa seminggu lebih jugak nak siapkan sebabnya sis malas tak rajin mana. Lagipun benda ni details sangat, banyak stroke & line. Lepastu demi nak minimize kan any error, buat ni kena slowly but surely. Hahaha. Akhirnyaaa .. siap juga lah Betta ni. Guna watercolour yang Buncho tu saja. Kaler dia solid bakhanggg. 

Tips : kalau nak buat painting ke illustration guna medium mcm watercolour / acrylic, better guna paper yang betul. Drawing paper yg dari drawing block tu tak recommended sangat sebab nya nanti bila dah banyak-banyak layer watercolour dia jadi too wet, seterusnya akan tembus. So better guna kertas lukisan yang tebal (boleh baca dekat depan packaging), tengok berat dia (gsm dia tu). Kertas ni boleh rasa texture dia, mmg tebal sikit & selalunya kaler kuning air macam tu. 


Sunday, 19 February 2017

Hantaran kahwin




Tajuk dia taknak kalah nak saspen je kan hahaha. No no no, ekceli bukan aku yang kahwin. Tapi my bro. Aku jadi wedding planner dia je bhaha. Dari dia tunang dulu sampai lah kahwin, aku jelah yang tolong buatkan hantaran dia. Tung ahh ada adik serbaboleh serbaguna macam aku ni kan semua benda settle. Dia balik setiap hujung minggu je, alih alih tengok semua dah siap. 

Bab bab hantaran ni aku bukan expert pun. Boleh dikatakan zero gak ahh. Main bedal je janji ada rupa sikit kah. Mission aku nak buat hantaran yang simple je, benda yang tak perlu or takda function tak payah letak. Takda nak fancy fancy nya pun. Aku letak bunga bunga sikit kat every dulang, settle ! Bunga tu nanti kakak ipar aku bolehlah ambik balik buat gubahan dalam pasu pulak. Raya nanti tak payah beli bunga dah hahahahaha. Nampak permainan dia ? Jimat chuolls jangan membazir ! Sesungguhnya membazir itu amalan syaitoooon~

Aku kalau boleh taknak ada benda yang dibuang pun. Sayang. Ingat benda benda tu semua dapat free ke hahahah. Jadi haruslah buat hantaran yang praktikal & boleh recycle. Lapik bawah yang macam pillow tu tak beli pun. Guna balik hantaran yang abang aku dapat masa tunang dulu. Ngam ada 7. So aku tukar cover dulu tu ganti baru. Balut dengan kain warna cream pastu letak net warna cream gold atas dia hahaha. Tadaaa !